Anda Berus Gigi dengan Betul?

Anda merasakan anda tahu bagaimana memberus gigi..
persoalannya, adakah cara anda memberus gigi itu betul?

Ramai orang menggosok gigi dengan cara memberus dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. namun cara ini adalah salah dan tidak efisyen.




1. CARA BERUS GIGI

a) Letakkan berus gigi pada sudut 45-darjah di bahagian permukaan luar gigi. Berus perlahan-lahan dari atas ke bawah untuk gigi di rahang atas & dari bawah ke atas untuk gigi di rahang bawah. Bukannya ke kiri atau ke kanan.

b) Letakkan berus gigi di permukaan mengunyah dan berus dari depan ke belakang.

PERHATIAN !! Pemberusan yang betul mengurangkan risiko karies gigi & penyakit keradangan gusi (gingivitis) yang menyebabkan gusi berdarah.

Maklumat Lanjut www.infosihat.gov.my




2. BERUS GIGI

Pastikan anda memilih berus gigi yang berusnya lembut (soft) dan bukannya sederhana(medium) ataupun keras (hard).










Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.



3. UBAT GIGI

Kebanyakkan ubat gigi mempunyai florida ( mencegah gigi dari berlubang) yang penting untuk mengurangkan risiko karis gigi.

pastikan anda hanya meletakkan sedikit sahaja ubat gigi ke atas berus gigi anda bukan seperti yang anda nampak di iklan ubat gigi. Kerana anda tidak memerlukan ubat gigi yang banyak untuk gigi anda bersih. Ubat gigi berlebihan hanya membazir


PERINGATAN : Jangan sesekali memberus gigi anda dengan kuat dan juga memberus permukaan gigi dengan menggerakkan berus kehadapan dan belakang. Ia boleh membawa kemudaratan kepada gigi dan gusi anda kerana ia boleh menyebabkan gusi anda tercedera.

Jangan lupa memberus lidah bagi menyingkirkan bakteria dipermukaannya, satu faktor penyumbang nafas berbau

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Anda Berus Gigi dengan Betul?"

Post a Comment