Anda Berus Gigi dengan Betul?

Anda merasakan anda tahu bagaimana memberus gigi..
persoalannya, adakah cara anda memberus gigi itu betul?

Ramai orang menggosok gigi dengan cara memberus dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. namun cara ini adalah salah dan tidak efisyen.




1. CARA BERUS GIGI

a) Letakkan berus gigi pada sudut 45-darjah di bahagian permukaan luar gigi. Berus perlahan-lahan dari atas ke bawah untuk gigi di rahang atas & dari bawah ke atas untuk gigi di rahang bawah. Bukannya ke kiri atau ke kanan.

b) Letakkan berus gigi di permukaan mengunyah dan berus dari depan ke belakang.

PERHATIAN !! Pemberusan yang betul mengurangkan risiko karies gigi & penyakit keradangan gusi (gingivitis) yang menyebabkan gusi berdarah.

Maklumat Lanjut www.infosihat.gov.my


Read Users' Comments (0)

Telefon Bimbit & Radiasi

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
65 minit - telur telah masak.









Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur.
Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

PERHATIAN!! pembaca sekalian, jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

FDA menasihatkan pengguna supaya menggunakan telefon bimbit untuk jangka waktu yang pendek sahaja.

Andainya mereka berhasrat berbual atau berbincang panjang, gunakan telefon biasa dan jangan gunakan telefon bimbit.

More Info http://www.wanibrahim.com/

Read Users' Comments (0)

Mee Segera : Berbahaya ..

Kepada penggemar makanan jenis mee segera : Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.

Menurut laporan doktor makanan ini mengandungi bahan dikenali sebagai salutan wax (lilin). Oleh itu mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Tubuh manusia memerlukan masa sekurang-kurangnya 2 hari untuk membersihkan bahan lilin tersebut dari sistem badan.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (TCS).
Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat
sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.
Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.

Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah
berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri. Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu.

PERHATIAN!! boleh makan Mee Segera, tapi bukan pada setiap hari..

Read Users' Comments (0)

Khasiat Kacang soya

Kacang soya merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia.

Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.



1. Mengurangkan risiko penyakit koronari Jantung (pengawalan paras kolesterol)
2. Isoflavin soya mempertingkatkan kesihatan payudara,
3. mencegah penyakit barah payudara dan rahim,
4. memperkuatkan tulang.
5. Lesitin soya mempercepatkan peredaran darah,
6. menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan,
7. mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati.
8. Gula kompleks dan “oligosaccaride” memperbaiki masalah sembelit.
9. Proses penuaan dapat diperlahankan.
10. Kandungan asid amino, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi & kalsium sesuai bagi semua wanita.

Read Users' Comments (2)

Minyak Ron 97 dan 95 : Apa Beza?


Ramai yang menganggap bahawa ron 97 lebih berkualiti dan lebih baik berdasarkan harganya yang lebih mahal. Dalam memilih jenis minyak ini anda perlu tahu bahawa enjin kenderaan sudah dicipta dengan syor2 bahan bakar tertentu.

RON adalah singkatan bagi RESEARCH OCTANE NUMBER

RON95 = 95 % kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana,
RON97 = 97 % kandungannya adalah oktana & hanya 3% pentana,

setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.
Biasanya bagi kereta BIASA, bahan api yang disyorkan adalah ron95.

enjin untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar 95 % oktana. Jadi cukup sekadar dengan pembakaran RON95, Oleh itu Adalah lebih baik anda mengikut syor yang sudah ditetapkan.

jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97 = tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).




Kerana kebanyakan enjin yang memerlukan Ron 97, merupakan enjin yang berkuasa tinggi seperti evo, impreza, type R, skyline dan lain2.. iaitu enjin yang berupaya membakar sejumlah 97 peratus oktana.

PERINGATAN!! nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, kerana sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran

Oleh itu.. Guna RON yang disyorkan, MAKA enjin anda akan kekal tahan lama

Read Users' Comments (0)

Membaca simbol pada Tayar

Setiap hari memandu kereta, Kadang-kadang kite pun pelik apakah maksud no. dan huruf yang tertera pada tayar kenderaan kite sendiri.

Mungkin yang kite tau ia hanya memaparkan saiz dan kelebaran tayar jer.

Sebenarnya banyak maklumat yang kite boleh dapat daripada angka dan huruf yang terdapat pada tayar

contohnya : umur tayar, kelajuan yang sesuai untuk tayar, kelebaran tayar, saiz tayar dan juga tekanan angin.








Cara membaca Umur tayar:













PERINGATAN!! jangan guna tayar melebihi 5 tahun dari masa dikeluarkan.
(Getah merupakan kemikel yang akan mereput selepas 5 tahun samada digunakan atau tidak) Oleh itu tayar ini akan expired 2 tahun lg iaitu pada tahun 11.


Read Users' Comments (0)

Kelikatan Minyak Enjin

kadang kala, kita mungkin tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan 20w50, 15W50, 10w40,

Sebenarnya kod tersebut menunjukkan kelikatan minyak enjin sebelum enjin dihidupkan dan selepas enjin dihidupkan ( panas)


Nombor di hadapan W bermaksud kelikatan ketika suhu sejuk
Nombor selepas W = kelikatan selepas enjin panas

enjin kenderaan mempunyai spesifikasi kelikatan minyaknya yang tersendiri, dan pengguna harus menggunakan jenis minyak yang disyorkan untuk memastikan enjin dapat bertahan lebih lama.

Sekiranya anda tidak dapat mencari jenis minyak pelincir yang sesuai seperti yang disyorkan adalah lebih baik anda menukar dengan jenis pelincir yang mempunyai Nombor Hadapan W yang sama. seperti 20w40 kepada 20w50

Read Users' Comments (0)

Tekanan angin & kehausan Tayar

Tekanan angin pengaruhi kehausan tayar, dan keadaan ini sangat ketara berlaku pada motosikal.
motosikal mempunyai jenis tayar yang melengkung, dan hanya sebahagian sahaja tayar yang menyentuh permukaan jalan pada sesuatu masa,











Kesan kekurangan angin akan menyebabkan kehausan pada permukaan sisi tayar.




















Angin yang berlebihan juga akan menyebabkan kehausan pada bahagian tengah


Read Users' Comments (0)

Buang air besar setiap Pagi?

Bagi sesiapa yang tidak tahu, kadang-kadang kita pelik kerana sering mengalami sakit perut ketika waktu pagi. Sebenarnya ini adalah satu pekara yang normal & baik untuk kesihatan.

Membuang air besar satu kali sehari adalah paling baik terutama pada pagi hari.






Minumlah segelas air pada pagi setelah bangun tidur.


Ini dapat melatih kebiasaan untuk buang air besar secara teratur.

meminum air selepas bangun tidur dapat rangsangan pergerakan usus halus dan usus besar sehingga kotoran didorong ke rectum dan akhirnya timbul keinginan buang air besar.

selepas minum jangan makan sebarang makanan dalam tempoh sejam kerana inilah proses pembentukan darah baru dan membersihkan kotoran dalam badan kita.

Selamat Mencuba..

Read Users' Comments (0)

Design Kereta Tempatan dan luar : Sama?

Kadang kala, kita tidak perasan persamaan reka bentuk kereta tempatan dengan kereta buatan jepun. Design atau reka bentuk kereta Proton dan Perodua sebelum tahun 2000 kebanyakan'y adalah lebih mirip dengan kereta jepun iaitu dari Mitsubishi dan Daihatsu.

Proton pada awal penubuhannya menjalinkan kerjasama dengan Mitsubishi manakala Perodua pula menjalinkan kerjasama dengan Daihatsu. Keadaan ini banyak mendorang reka bentuk dan teknologi tempatan yang diaplikasikan daripada teknologi Jepun.

Read Users' Comments (0)

bulu ketiak = OK ke ?

Bagi sesetengah orang. Bulu ketiak menjadi satu masalah kepada penampilan diri sendiri, Ada satu cara yang agak mudah untuk menghilangkannya..

HILANGKAN BULU KETIAK


Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali.

Untuk maklumat lanjut (http://soleh.net/)


JANGAN CUKUR @ CABUT

mencabut @ mencukur bagi sesetengah orang dianggap pekara biasa,

Tahukah Anda, mencabut atau mencukur habis bulu ketiak ternyata memiliki bahaya yang jauh lebih besar pada kesihatan dibandingkan dengan manfaatnya.

Dengan mencukur bulu ketiak, maka di ketiak akan timbul banyak luka kecil tak kasat mata. Pori-pori di daerah ketiak juga akan membesar. Ini memungkinkan toksin dan zat kimia dari berbagai produk seperti deodoran, bedak, dan krim akan dengan mudah memasuki kulit.

Dengan mencabut bulu ketiak, tanpa disadari biasanya terjadi luka dan pori-pori membesar. Luka inilah yang memudahkan timbulnya penyakit, seperti radang, bengkak atau bernanah kemudian menjadi infeksi.


LEBIH BAIK GUNTING


Menghilangkan bulu ketiak dengan cara apapun seperti waxes juga tidak disarankan karana risiko terjadinya kanser payudara sama besarnya dengan dicabut atau dicukur. Jadi lebih baik dipotong dengan menggunakan gunting kecil atau gunting khusus. bagi mengelakkan luka dan kecederaan.


Tahukah Anda!! Bulu ketiak berfungsi untuk melindungi ketiak dari zat racun yang akan masuk dari luar tubuh. Tak hanya itu bulu ketiak berfungsi untuk melindungi organ vital yang berada di dekatnya, iaitu payudara.


MASALAH BAU?


Pada ketiak terdapat kelenjar apocrine. Sebenarnya, cairan yang dihasilkan oleh kelenjar apocrine ini hanya berbau lemak. Tapi karena di setiap helai bulu rambut mengandung bakteri yang berperan dalam proses pembusukan, akibat tidak dijaga kebersihannya akan menimbulkan bau badan yang tak sedap.

rujukan http://www.jawaban.com/

Read Users' Comments (0)

Harga Kereta Nasional

Kereta Nasional yang dijual di luar negara lebih murah,
Di Arab Saudi kereta Waja, Persona & Gen 2
dijual antara SR 30,000 - 40,000


Mengikut iklan di atas, harga (1 Saudi Riyal = RM 0.94)

Read Users' Comments (0)