Kesatuan Melayu Muda (KMM)

  • KMM ditubuhkan tahun 1938 di Kuala Lumpur dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.
  • Merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik pertama di Tanah Melayu.
  • Pemimpin yang lain seperti Mustapha Hussain & Ahmad Boestamam
  • tujuan untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu dan mempertahankan hak.
  • berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
  • bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya.
  • kebanyakan anggotanya merupakan guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
  • perjuangan KMM bercorak radikal (dasar tidak bekerjasama & penentangan terbuka terhadap British).
  • Mengadakan pakatan sulit dengan Jepun menentang British.
  • Akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan perasaan anti British dan memperjuangkan cita-cita KMM.
  • Tahun 1941 Ibrahim Haji Yaacob dan 150 anggota KMM ditangkap oleh British dan dipenjarakan di Singapura (dibebaskan semasa pendudukan Jepun).
  • Tahun 1942 KMM diharamkan oleh Jepun.

Read Users' Comments (0)

Landasan Keretapi Maut

Dedikasi kepada rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa tentera Jepun ketika pembinaan landasan keretapi maut di Thailand. Tiada yang lebih sukar melainkan kesengsaraan, keperitan dan penderitaan yang tiada penghujungnya. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa melainkan membilang hari menanti ajal...


Mengikut catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer merangkumi 60 stesen dari Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India.


Seramai 68,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda manakala 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut itu. Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang sahaja selamat pulang


Kebanyakan tahanan yang meninggal dunia disebabkan berbagai penyakit antara lain seperti taun, malaria, beri-beri dan keletihan. Hukuman fizikal bagi mereka yang dinilai lalai atau melakukan kesalahan diperlakukan dengan sangat kejam dan sebagai hukuman mereka yang sakit dan tidak dapat bekerja tidak akan diberi makanan...


From: http://sallehderan.blogspot.com/

Read Users' Comments (4)

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

KMM - perubuhan Melayu yang berunsur politik yang pertama di Tanah Melayu.
bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan anti-British.

Penubuhan KMM adalah hasil daripada satu himpunan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) bersama-sama dengan segelintir para inteligensia Melayu dari beberapa institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, dan golongan muda Melayu yang bersikap radikal, serta wartawan akhbar Majlis.

Jawatankuasa pusat KMM awal terdiri daripada
Ibrahim Hj. Yaacob (presiden),
Mustapha Hussein (Naib Presiden),
Hasan Manan (Setiausaha Agung),
Othman Mohd. Noor (Setiausaha),
Idris Hakim (Bendahari),

dan ahli jawatankuasa Pusatnya ialah Idris Hakim, Ishak Hj. Mohammad, Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid, Bahar Abik, Sulung Chik, Abdullah Kamil, Abdul Samad Ahmad, Mohd. Salehuddin dan Ahmad Boestamam.

KMM yang ditubuhkan secara sulit ini mempunyai ideologi dan prinsip perjuangan berlandaskan demokratik sentralisme. KMM menolak monopoli harta dan kekayaan oleh perusahaan swasta atau gabungan koperasi multinasional.

KMM mahu mengelakkan monopoli dan eksploitasi ke atas rakyat jelata. KMM berhasrat menggunakan sosialisme untuk menjamin kelancaran pelaksanaan mekanisme demokratiknya.

Dasar perjuangan KMM antaranya ialah
anti penjajahan,
anti elite birokrat Melayu yang berorientasi Barat,
penyatuan nasional,
kemerdekaan nusa dan bangsa,
demokrasi rasa persaudaraan dan berasaskan kebenaran dan kesucian.

KMM berpendapat bahawa KMM harus menjadi badan yang akan cuba mempengaruhi sultan dan pembesar, atau sekurang-kurangnya memberikan petunjuk ajar dan panduan kepada mereka apabila berhadapan dengan Residen British dalam menghadapi masalah negara.

KMM juga berpendapat bahawa ia harus menjadi badan yang akan menuntut hak bangsa Melayu dengan mengesyorkan melalui akhbar-akhbar agar perkara ini dibincangkan dalam majlis mesyuarat negeri-negeri atau persekutuan. Salah satu daripada syor yang dikemukakan oleh KMM ialah penubuhan ‘kampung-kampung baru orang Melayu’ untuk dijadikan penempatan orang-orang Melayu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Syor ini dikemukakan kepada sultan kerana bimbang orang-orang Melayu akan terusir ke kawasan pedalaman.

Kontroversi yang timbul daripada fahaman anti-feudal

menyebabkan orang Melayu tidak menyokong KMM di peringkat awalnya. Sultan dan pembesar Melayu juga mencurigai KMM, dan ada di antara mereka yang menentang pengaruh KMM di negerinya.

Mereka tidak suka pada demokrasi yang menuntut persamaan hak, dan adanya badan yang menyertai politik membela bangsanya.

Pada mereka orang-orang Melayu tidak berhak campur tangan dalam urusan politik negeri dan bangsanya.

Mereka harus taat dan setia kepada sultan dan pembesar.

Walaupun begitu, terdapat juga sultan yang memahami dan member sokongan moral kepada KMM. Di antaranya termasuklah Sultan Abu Bakar, Pahang yang tidak dapat menyokong secara terang-terangan kerana menjaga keselamatan diri mereka.

Di samping itu, dasar-dasar perjuangan KMM tidak dapat dinyatakan secara terang-terangan kerana kerana keadaan politik masa itu yang terlalu sensitive.

Ini merupakan salah satu faktor kekurangan pengaruhnya di kalangan orang-orang Melayu sebelum perang.
Sungguhpun begitu, kehebatan KMM dalam usaha menyebarkan idea dan pengaruhnya dengan begitu cepat (2 tahun sahaja) amatlah mengkagumkan, sehingga membawa kepada penangkapan pemimpin-pemimpin KMM pada Disember 1941.

Read Users' Comments (0)