Landasan Keretapi Maut

Dedikasi kepada rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa tentera Jepun ketika pembinaan landasan keretapi maut di Thailand. Tiada yang lebih sukar melainkan kesengsaraan, keperitan dan penderitaan yang tiada penghujungnya. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa melainkan membilang hari menanti ajal...


Mengikut catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer merangkumi 60 stesen dari Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India.


Seramai 68,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda manakala 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut itu. Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang sahaja selamat pulang


Kebanyakan tahanan yang meninggal dunia disebabkan berbagai penyakit antara lain seperti taun, malaria, beri-beri dan keletihan. Hukuman fizikal bagi mereka yang dinilai lalai atau melakukan kesalahan diperlakukan dengan sangat kejam dan sebagai hukuman mereka yang sakit dan tidak dapat bekerja tidak akan diberi makanan...


From: http://sallehderan.blogspot.com/

Read Users' Comments (4)

4 Response to "Landasan Keretapi Maut"

  1. Anonymous Says:
    October 13, 2010 at 2:52 AM

    saya sudah pun membeli novel "Landasan Maut" hasil tulisan Saudara Salleh Deran. Ketika memberi response kepada blog ini saya baru sahaja membaca sebanyak 45 muka surat. Sebenarnya buku ini saya belikan untuk anak saya yang baru selesai peperiksaan UPSR. Katanya boring, lepas UPSR aktiviti akedemik dah kurang dan lebih banyak aktiviti koko dan kemahiran hidup. Sebenarnya aktiviti tersebut baik untuk pelajar tahun 6 yang selesai UPSR. 3 buah buku kebetulan saya pilih dan beli iaitu Tok Janggut Pahlawan Kelantan, Lt Adnan Wira Bangsa dan buku Landasan Maut. Pada pandangan saya penulisan novel berbentuk sejarah merupakan salah satu medium untuk mendekatkan golongan muda untuk memahami sejarah. Malah sejarah tersebut bukan sahaja yang terdapat di Malaysia tetapi di negeri manasekali pun. Manusia yang memahami sejarah akan menjadi manusia yang lebih bertamadun kerana sejarah akan berulang walau pun pada masa dan masyarakat yang berbeza. Sejarah akan mengajar manusia tentang beberapa perkara asas keperluan manusia: Makan, minum, pakaian, penempatan, keselamatan. Keperluan tersebut dipengaruhi 2 elemen iaitu nafsu dan kecukupan (syukur).Oleh itu saya mengucap tahniah kepada usaha penulis dan penerbit yang berusaha dari mmasa ke semasa untuk menghasilkan buku-buku sebegini.

  2. Salleh de Ran says:
    January 30, 2011 at 7:53 AM

    Kepada Tuan Anonymous saya mengucapa jutaan terima kasih kerana sudi membeli buku Landasan Maut hasil tulisan saya itu. Saya berasa terharu dengan respon yang diberikan oleh tuan itu walaupun tuan baru sahaja membaca 45 halaman.

    Sungguhpun begitu saya tetap berbangga kerana tanggungjawab tuan membelikan buku-buku sejarah untuk anak-anak adalah satu perkara yang sangat murni kerana di dalam setiap buku itu ada ilmu yang tersembunyi.

    Saya juga bersetuju dengan pandangan tuan bahawa penulisan novel berbentuk sejarah merupakan salah satu medium untuk mendekatkan golongan muda untuk memahami sejarah. Disebabkan itu, maka saya berusaha untuk menghasilkan novel sejarah dengan tujuan memupuk minat anak-anak muda meminati sejarah dan lebih daripada itu buku seperti ini dapat menjadi bahan tambah dalam mata pelajaran sejarah di sekolah. Juga untuk memudahkan pelajar memahami dengan lebih mendalam lagi.

    Salleh de Ran

  3. Anonymous Says:
    November 26, 2011 at 8:39 AM

    bapa saya adalah salah seorang daripada pekerja buruh paksa jepun membina landasan keretapi maut siam-burma,tapi abang kepada bapa saya tidak kembali ke malaya pada masa itu dan dipercayai telah meninggal dunia.namun bapa saya tiada mendapat apa-apa pampasan dari kerajaan jepun selepas merdeka,saya masih ada menyimpan sijil ahli persatuan dan resit-resit pembayaran kepada persatuan.apa yg perlu saya buat?

  4. Anonymous Says:
    April 21, 2012 at 11:58 PM

    saya baru je beli bukuini Landasan Maut..memang terbaik..kesan cerita didalam novel membangkitkan semangat cintakan tanah air.. Gempur Wira!!

Post a Comment