Minyak Ron 97 dan 95 : Apa Beza?


Ramai yang menganggap bahawa ron 97 lebih berkualiti dan lebih baik berdasarkan harganya yang lebih mahal. Dalam memilih jenis minyak ini anda perlu tahu bahawa enjin kenderaan sudah dicipta dengan syor2 bahan bakar tertentu.

RON adalah singkatan bagi RESEARCH OCTANE NUMBER

RON95 = 95 % kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana,
RON97 = 97 % kandungannya adalah oktana & hanya 3% pentana,

setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.
Biasanya bagi kereta BIASA, bahan api yang disyorkan adalah ron95.

enjin untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar 95 % oktana. Jadi cukup sekadar dengan pembakaran RON95, Oleh itu Adalah lebih baik anda mengikut syor yang sudah ditetapkan.

jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97 = tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).




Kerana kebanyakan enjin yang memerlukan Ron 97, merupakan enjin yang berkuasa tinggi seperti evo, impreza, type R, skyline dan lain2.. iaitu enjin yang berupaya membakar sejumlah 97 peratus oktana.

PERINGATAN!! nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, kerana sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran

Oleh itu.. Guna RON yang disyorkan, MAKA enjin anda akan kekal tahan lama

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Minyak Ron 97 dan 95 : Apa Beza?"

Post a Comment