A'kum @ Salam (bahasa SMS )



Dahulu, perkataan "Assalamualaikum" dalam bahasa SMS banyak di short formkan dengan pengunaaan A'kum oleh kebanyakan orang tanpa mengatahui makna sebenar penggunaan perkataan berkenaan. namun kini penggunaan perkataan tersebut dalam bahasa SMS telah kurang diamalkan oleh kebanyakkan orang dan ramai telah menggantikan perkataan tersebut kepada "salam".

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam"


Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "A'kum @ Salam (bahasa SMS )"

Post a Comment