Mengantuk boleh Membunuh






Kata orang ‘malang tidak berbau’. Menurut sumber Polis DiRaja Malaysia (PDRM), statistik tahun 2008 menunjukkan 373,047 kes kemalangan telah berlaku berbanding 363,319 kes pada tahun 2007 dan 341,252 kes pada tahun 2006. Kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia itu sendiri. hal ini termasuk memandu ketika mengantuk,

Memandu ketika mengantuk adalah sangat membahayakan. Sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.


Kes kematian dan kemalangan akibat mengantuk telah banyak dilaporkan, namun tidak ramai yang mengambil iktibar daripada banyak kes-kes yang telah berlaku, oleh itu kes-kes kemalangan yang saya paparkan di sini mungkin sedikit sebanyak dapat membuatkan anda berfikir sejenak keburukan mengantuk ketika memandu.


kes di atas dipercayai berlaku akibat pemandu lori yang tidak dapat menahan mengantuk, tetapi tetap meneruskan perjalanan sehingga mengakibatkan kematian kepada rakannya.

kes di atas dipercayai berlaku akibat mangsa dipercayai terjatuh secara tiba-tiba di atas lebuh raya, namun terdapat kemusykilan samada mangsa terjatuh akibat mengantuk atau sebab lain.


Kes yang membabitkan bas Sani Express ini merupakan yang paling diingat oleh kebanyakan orang, akibat pemandunya yang mengantuk, 10 penumpang telah maut dalam kejadian pada akhir tahun 2009 ini.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Mengantuk boleh Membunuh"

Post a Comment